Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Pertama-tamanya saya memanjatkan syukur kehadrat ALLAH SWT, kerana atas limpah kurnia serta inayahNYA, Kelab Alumni Maktab Tentera DiRaja Pengambilan 56/32 (V 5632) telah berjaya ditubuhkan pada XX Ogos 2021. Sekalung tahniah ke atas AJK yang dilantik sebagai barisan peneraju V 5632.
Saya selaku Pengerusi V 5632 yang dilantik ingin menegaskan di sini bahwa cabara V 5632 mendatang akan menjadi cukup sulit dan mencabar. V 5632 baru ditubuhkan di masa negara penghadapi krisis ekonomi dan kesihatan merupkan satu cabaran yang perlu diharungi bersama.
Setiap ahli perlu dan sentiasa mendokong matlamat penubuhan V 5632 agar kita semua sentiasa berada di landasan yang betul.
Matlamat penubuhan V 5632 :
1. Membantu meninggikan taraf kehidupan ahli-ahli keluarga di samping mendorong dan memajukan mereka khususnya dalam bidang pendidikan dan ekonomi.
2. Menjalankan aktiviti ekonomi melalui pengumpulan dana/wang, membuat pelaburan/menanam modal, membeli dan memiliki saham-saham, membeli dan memiliki harta teralih dan tidak teralih untuk menambah dana kewangan Persatuan.
3. Bekerjasama dengan organisasi khususnya JHEV dalam membantu ahli ke arah memupuk budaya kerja cemerlang, berdaya saing dan berjaya.
4. Memupuk kemesraan, keharmonian dan toleransi di kalangan ahli.
5. Menyediakan peluang dan ruang kepada ahli yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang sama untuk bergabung dan menggembeling tenaga, ilmu dan idea di bawah satu pimpinan dan pertubuhan. Kemudian berkongsi mengadakan aktiviti yang lebih besar,sihat dan bermakna supaya boleh dimanafaatkan oleh semua ahli dan komuniti.
6. Menjaga kepentingan ahli-ahli dan keluarga bagi menggalak dan mengeratkan lagi kerjasama serta perpaduan di antara bekas tentera.
7. Mengembangkan semangat persahabatan di antara ahli -ahli dan menolong mereka memperolehi sebarang kemudahan yang biasa dinikmati oleh masyarakat yang lain.
Hal ini akan menjadi teras utama perjuangan V 5632. Persoalan yang sering timbul, “Mampukah ianya direalisasikan??” InsyaALLAH jika semua ahli memberi kerjasama terhadap AJK yang dilantik kita mampu melaksanakannya dengan izin ALLAH.
Kepada semua AJK anda punya tugas yang mencabar menanti anda . Komitmen 100% anda akan dituntut, namun jika kita mampu bekerja sebagai sebuah pasukan, insyaALLAH semua halangan boleh diatasi.
Kepada semua ahli V 5632 anda juga dituntut memberi kerjasama yang terbaik. Jika anda punya apa apa cadangan , harapan, kritikan atau anda mampu menyumbang kepada V 5632 sila tampil kehadapan. Saya memerlukan ANDA.
Akhir kata saya memohon ribuan ampun dan maaf jika terkasar bahasa dan terlepas kata.
"SI VIS PACEM, PARA BELLUM"

